Ketika waktu senja hampir tiba, aku sedang menunggang motosikal menuju ke kedai. Dalam perjalanan ke kedai, aku terlihat sebuah rumah yang tersergam begitu mewah di kampung ini. Kelihatan rumah itu begitu indah sekali. Tengah syok berkhayal rumah itu aku hampir-hampir terlanggar sebuah kereta yang berada dihadapanku. Kereta itu tidak kalah canggihnya jika dibandingkan dengan kereta yang orang kampung gunakan.
Aku hanya berkata dalam hati.. 'andailah aku dapat memiliki semua ini betapa mewahnya aku nanti.’ Tapi itu hanya mimpi dan angan-anganku sahaja, aku tergelak sendiri kerana kekayaan dunia yang tidak kekal selama-lama. Dirumah aku bertanyakan hal ini kepada kakak ku.
“kakak, ika ternampak sebuah rumah begitu cantik semasa ika ingin ke kedai.. rumah itu cantik sangat.. rumah siapa ye kak?” kakak menjawab “itu rumah orang yang banyak harta dan sombong.. sombong teramat sangat..”
“kenapa begitu kak?” tanyaku meminta kepastian.
“kakak pun tak tahulah, tapi sejak akhir-akhir ini banyak orang kampung mengatakan perihal orang kaya tu. Yang kakak tahu anak tuan rumah tu satu sekolah dengan kita. Tak silap kakak, budak tu satu kelas dengan kamu ika. Namanya kakak tidak beberapa ingatlah..”
“satu kelas dengan ika ke? Siapa ye.. ermm.. ika rasa itu mungkin Putra.. sebab dia ni kan kak sangatlah angkuh dan sombong. Bila nak berbincang saja dia buat tak tahu. Bencinya….” Aku teringatkan kejadian semasa kami ditugaskan melakukan aktiviti berkumpulan disekolah. Aku ditugaskan mencari pelajar untuk dijadikan kumpulan. Hanya seorang pelajar yang enggan memasuki kumpulannya. Puncanya ialah mahu menjadi ketua kumpulan. Setengah pelajar tidak mahu dia menjadi ketua kerana sikapnya suka memerintah. Ramai pelajar cukup meluat dengan sikap dia dan dapat mendapat gelaran anak orang kaya tak sedar diri. Oleh kerana aku tidak berapa mengenalinya, aku menghampiri beliau…
“hai, kenapa awak tidak mahu masuk dalam kumpulan saya?” tanyaku.
“kau ni siapa masuk campur hal aku ha! Suka hati mak bapak aku la!”
“awak ni kenapa nak marah-marah saya, kan kita buat tugasan yang telah diarahkan oleh guru. Tugasan ini akan di ambil kira untuk markah SPM tahun hadapan tahu tak..” terangku kepadanya. Tapi apa yang aku dapat darinya…
“Woi pompuan! Tak faham bahasa ke? Kalau kau nak jaga sangat kumpulan kau tu pergi la! Jangan nak menyibuk pulak. Menyusahkan aku betul lah..daripada aku ikut korang, baik aku blah dari sini..” berlalu lah dia dari sini. Sikapnya membuat semua pelajar yang berada disini berasa amat sakit hati dengan kelakuan dia, dengan sikap dia terlalu angkuh dan tidak mahu bekerjasama. Tidak ku sangka, aku sebagai ketua kumpulan mahu menasihatkannya dapat habuan kemarahannya. Perangai yang tiada adab langsung.
“Ika… mengelamun jauh nampak. Teringat apalah tu kan..?” kakak menegurku kerana aku asyik lama mengelamun..
“tak ada apa-apa kak.. Cuma teringatkan masa-masa disekolah je..” jawabku..
Aku pergi kesekolah seperti biasa, aku masih belajar di tingkatan 4. dan kakak ku ditingkatan 6. Didalam kelas aku diarahkan oleh cikgu feeda mengutip semua buku sejarah untuk dihantar kepadanya. Setelah semua buku sudahku kutip, hanya satu buku yang belum dikutip. Aku memerhatikan setiap satu persatu muka murid di dalam kelas dan aku terpandang muka yang amat aku benci iaitu putra. ‘Eh budak ni boleh lagi lenggang kangkung lak…’
“Woi.. aku nak kutip buku sejarah, cikgu feeda nak..” Dia hanya diam dan membuat muka slamber yang bersahaja itu. Aku paling tidak suka kalau aku cakap dia buat tak tahu je. Aku tidak mahu melengahkan masa lagi, dia nak hantar ke tidak itu dia punya hal lah yang penting buku kawan-kawan aku sudah ku hantar. Di dalam kelas putra dipanggil oleh guru kaunseling, aku tidak tahu apa punca nya dia dipanggil mungkinkah dengan masalah disiplin agaknyalah. Mungkin ya.. setelah lebih 30minit, putra masuk ke kelas dengan perasaan yang amarah. Semua dia menyumpah seranahnya dengan cikgu yang sedang mengajar pun turut kena. Semua pelajar tidak menghiraukannya kecuali aku. Putra memandang tepat kearahku, aku menjadi kalut dan serba salah kerana aku banyak melaporkan tentangnya kepada pengetua.
“aku dah agak pasti ada yang tak puas hati dengan aku.. woi ika! Tengok aku kejap?” tengkingnya, semua mata memandang aku.
“apehal kau panggil aku..”
“aku nak tahu kau kah yang banyak mengadu pasal aku dekat pengetua ye? Asal kau tak mengadu dekat polis je. Kenapa kau tak puas hati ke ha.. mentang-mentanglah anak kesayangan semua cikgu nak besar-besar kepala pulak. Pergi mampuslah kau! Aku benci tengok muka korang semua ni!” Dengan keadaan marah dia mengemas semua alat tulisnya dan terus keluar, semua pelajar satu kelasku hanya memandang tingkah lakunya dan aku menjadi serba salah dengannya. Aku tak patut buat begitu kepadanya, oleh kerana perangai yang suka emosi dan angkuh itulah membuatkkan aku ingin melaporkan hal ini kepada pengetua. Pada hari yang sama, ketika pulang dari sekolah aku ditahan sekumpulan lelaki yang berlagak samseng tapi aku hanya tetap bersahaja. Aku ingin berlalu dengan cepat tapi ditahan oleh salah seorang daripada mereka. Dia menarik tangan kananku begitu kasar sekali sampai terasa sakit tanganku. Sempatku memandangnya, akhirnya dai sudah dihadapanku.. putra.. dia sudah berada dihadapanku. Dengan nada yang tidak puas hati dia memberi amaran kepadaku.
“kau jangan masuk campur lagi hal aku. Kalau kau masuk campur lagi nahas kau ika!” herdik dia kepadaku. Dia melepaskanku dan terus berlalu bersama kumpulan samsengnya. Aku tidak sangka dia memperlakukan aku seperti ini. Biarlah aku buat yang terbaik untuknya agar dia sedar apa yang dia buat sekarang. Tapi aku terpandang kereta yang di naikinya, sebiji seperti aku hampir mahu melanggarnya. Rupanya dialah pemilik kereta berkenaan. Sejak bila dia boleh bawa kereta semewah begitu. Lesen memandu ada ke tidak. Mentang-mentanglah anak orang kaya suka-suka dia saja.
Kini sudah tiga tahun aku meninggalkan zaman persekolahanku, aku kini bekerja sementara menunggu tawaran sambung belajar ke universiti. Kalau tak dapat pun aku masih ingin bekerja untuk menambah pendapatanku. Pada masa yang sama aku telah menerima satu jawatan disalah sebuah syarikat swasta di dalam daerah Bandar ini. Aku amat meminati jawatan yang diberikan kepadaku. Sementara menunggu tarikh temuduga, aku bekerja seperti biasa. Ketika aku sibuk menyusun buku-buku yang hendak dijual, datanglah seorang pemuda yang sedang mencari sesuatu. Lalu pemuda itu bertanya kepadaku…
“Maaf ye, saya nak cari buku yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Ada tak?”
“Ada encik, encik lihat almari sebelah sana. Semua buku yang encik cari ada disitu.” Sambil jariku menunjukkan almari itu. Berlalu lah pemuda itu dengan sepantasnya. Tiada ucapan terima kasih kepadaku. Tapi mengapa aku sangat mengenali wajah itu. Mungkin perasaanku saja, banyak wajah-wajah seperti itu satu Malaysia.
Selepas beberapa hari kemudian, aku masih sahaja terserempak dengan pemuda yang sama. Tapi kenapa aku merasakan diri aku diperhatikan olehnya. Oleh kerana aku ingin tahu apa tujuan dia kesini selalu, aku menghampiri lalu aku menengurnya..
“Maaf encik, boleh saya tanya sesuatu kepada encik?”
“Ya….. Boleh..” seperti orang mengelabah.
“Encik ni cari buku ke cari saya?” sengaja aku mempertanyakan ini.
“ermmm… ermmmm….. cari awak.. eh silap… bukan-bukan… cari buku.. hehehe”
“oo… cari buku apa ya... buku berkaitan apa yang encik mahukan. Dari tadi encik disini…”
“buku….bukuu……buuu…” belum sempat untuk menghabiskan kata-katanya datanglah seorang gadis menegurnya.
“abang.. kat sini rupanya, jom balik.. mummy dah tunggu dekat rumah tu..” Dalam fikiranku, mungkin itu isteri pemuda yang aku tegur tadi. Tapi kenapa aku rasa sangat mengenali pemuda tadi. Siapa dia???.. ini sudah buat aku jadi keliru ni. Perlu apa aku memikirkannya, aku lebih selesa kalau tidak memikirkan tentang lelaki. Hari ini, selepas waktu kerja aku telah di ajak oleh kakak datang kerumahnya. Dari kecil lagi kami rapat. Tapi sekarang kakak ku sudah mendirikan rumah tangga ketika aku masih belajar lagi. Aku mengenakan pakaian kerja ke rumah kakak, walaupun agak serabut sikit aku tetap mahu pergi. Sesampainya aku di rumah kakak, aku terlihat sebuah kereta proton perdana dihadapan rumah kakak. Muskil aku, sebab abang iparku hanya memakai kereta kancil saja itupun kereta kakak yang dikongsi bersama. Ketika aku mahu masuk kerumah aku terlihat seorang pemuda yang terbiasa aku tengok. Ya… aku amat mengenali muka itu di tempat aku bekerja. Apa kaitan dia dengan kakak dan abang iparku? Kelirunya aku… dia memperkenalkan dirinya kepadaku..
“hai..ingat lagi saya?”
“ermm… ye ingat. Memang ingat sangat sebab awak selalu datang kedai buku.”
“ya.. biar saya memperkenalkan diri saya ok.. saya Saiful bahri bin Zulkifli. Saya rasa awak kenal saya.”
“memanglah saya kenal awak, awak biasa datang ke tempat kerja saya.”
“Yang itu memang betul tapi ada yang lain. Ingat baik-baik. Masa kecil saya ada curi anak ayam dekat reban ayam di belakang rumah awak. Dan masa itu awak kejar saya. Ingat tak?” terangnya untuk mengingatkanku.
Dengan terkejutnya aku….
“Saiful yang suka curi anak ayam dekat reban rumah aku tu kan? Anak saudara mak cik esah kan..dan kau lah yang sibuk-sibuk tengok aku kat tempat kerja aku kan.”
“iye ika.. kau ingat lagi aku ni.”
“laa… kau ke epul, patutlah kau nampak lain. Makin segak dan tampan, dulu bukan main comot lagi sekarang…erm.. cair lah gadis-gadis kat luar tu.”
“Eh kau ni, ada pulak macam tu. Kau pun apa kurangnya, dulu suka buat rambut toncang sekarang dah pakai tudung. Cantik pulak tu, dah ada orang punya ke.. hehe..”
“ok..ok.. sama-sama kalah ok..”
“tahu takut..hehe..”
“Macam mana kau tahu aku kat sini pul..?”
“Abang ipar kau tu satu kerja dengan aku. Aku pernah datang sini dan kakak kau jemput aku masuk. Bila aku tengok gambar yang tergantung kat dinding tu aku terus teringat kat kau..”
“Yang tu ke pul..” sambil jariku menunjuk gambar aku bersama kakak sewaktu kakak sanding.
“yelah yang tu..”
Petang itu kami bebual dengan rancak sekali sampai lupa akan waktu-waktu solat. Betapa bahagianya aku bila berjumpa kawan lamadan juga jiran sebelah rumah aku dikampung. Aku mengenali sejak dari kecil lagi tapi tak berapa rapat.
Semenjak aku berjumpa dengan saiful, aku sudah ada kawan nak berkongsi cerita dan aku menjadi sangat rapat dengannya. Ia membuat aku selalu tersenyum bila bersamanya tapi tidak rasa pula aku jatuh cinta dengannya. Peliknya aku.. Eh, kenapa aku rasa ada yang kurang dekat aku ni. Kejap aku fikirkan dulu.. ermm.. alamak! Aku terlupa sesuatu, hari ini kan aku kena datang temuduga dengan syarikat swasta. Aduh.. macam mana aku boleh lupa ni.. jam dah pukul 8.45pagi. Masa temuduga ialah pukul 8pagi… arghhhh… tidak.. aku sudah lewat, aku tidak mahu kehilangan pekerjaan itu. Dengan sepantasnya aku bersiap dan terus ke syarikat itu, disitu aku dilayan baik walaupun lima puluh minit. Hatiku berdebar-debar menanti namaku dipanggil oleh setiausaha syarikat ini. Disini terlalu ramai yang datang untuk temuduga kerja dan ramai juga yang telah direject. Aku hanya diam dan hanya mampu berdoa sahaja. Akhirnya..
“Zulaikha Hamid.” Namaku telah dipanggil.
“Iya, saya cik.”
“Mari ikut saya masuk pejabat, tuan ingin berjumpa.”
“baik cik.”
Aku hanya ikut saja apa yang diperintahkan oleh setiausaha itu. Didalam pejabat, aku terkejut dengan seorang pemuda yang segak dan bergaya.. terpengun aku sekejap. Ika.. kawal diri kau..
“Zulaikha Hamid.. awak ke?”
“Ye tuan..”
“Awak rasa, awak ni sesuai ke bekerja disini. Adakah awak dah bersedia bekerja lebih masa?”
“Saya sanggup bekerja lebih masa dalam syarikat ini tuan..”
“Ingat kalau setiap tugasan yang diberikan haruslah diselesaikan, di dalam pejabat ini kena berdisiplin dan tekun. Bukan untuk melawa.”
“baik tuan.” Jawabku lemas sikit. Aku menunduk sementara menunggu keputusannya. Ketika aku menundukkan kepala, aku terlihat nama yang pernah ku bencikan dulu.. Putra Kamaludin.. apa? Tidak mungkin aku bekerja dengan dia. Musuh aku waktu sekolah menengah dulu ada didepan mata.. kenapa dia? aku tidak sangka akan berjumpa dengannya lagi..
“Awak diterima.”
“Ye terima kasih.” Kalau tidak diterima pun tidak apa. Daripada aku menghadap kau hari-hari. Desis hatiku..
“Esok awak sudah boleh mula bekerja. Pejabat buka jam 8pagi. Datang jam yang telah ditetapkan. Sekarang awak boleh keluar. Jumpa lagi esok.”
“baik tuan.” Ish.. menyampahnya aku. Tidak sangka aku akan berjumpa dengan dia lagi. Dengan muka geram aku cepat-cepat keluar. Tapi kan kenapa dia layan aku dengan baik? Dah berubahkah dia..
Aku kenal siapa kau ika, aku sudah lama mencari kau. Sekarang kau muncul dalam hidupku kembali. Dalam hatiku.. ‘ kau makin cantik didepan mataku, maafkan aku ika. Dalam diam aku sayangkan kau. Aku memang tak boleh elak dengan kau. Selama ini, aku cari kau. Aku nak minta maaf dengan kau kerana apa yang aku lakukan waktu dulu sudah menyakitkan hati kau. Aku betul-betul menyesal. Andailah aku diberi peluang dengan kau, aku menghargai kau sebagai bunga yang mekar dihatiku. Tapi aku malu nak berhadapan dengan kau ika, malu sesangat. Bodohnya aku..
Hari ini aku sudah mula bekerja dengan dia, aku memberi penuh perhatian ketika dia memberi penerangan tentang keadaan didalam pejabat. Aku amat mengagumi kerja yang dibeikan kepada aku. Tapi aku juga perlu berhati-hati dengan dia takut nanti dia membuli aku seperti dulu. Aku di ajar sedikit demi sedikit cara untuk melakukan kerja yang diberi. Aku sempat mencuri pandang untuk melihat dia, nampak terserlah ketampanannya yang boleh membuat aku tertarik dan jatuh hati dengannya. Aku rasa ramai yang minat dekat dia, mungkin diam-diam ramai staf wanita terpikat dengannya. Tapi aku ni lebih kuranglah juga, tengok dia pun dah tak tahan cair jadinya. Yang hanya mampuku buat ialah mengawal diri daripada godaan yang ada didepan mata aku ni.
“Ika, awak ok?”
“Erm.. ok.. kenapa?”
“Tak adalah.. bila saya terangkan dekat awak, awak tidak ambil perhatian pula.. ingat, kerja perlu focus ok..”
“Ermm.. baik tuan, maafkan saya..” ish… orang tua ni.. ganggu aku betul. Tak nampak ke aku focus bila dia cakap. Bila masa entah aku tak focus, tapi kenyataannya memang tidak pun. Habis aku tertengok muka dial ah..
‘ish.. kenapa kenapalah aku ni, time kerja macam ni lah tak boleh focus. Ini mesti kerja mamat tu.. kenapalah aku asyik fikirkan dia. Main jauh-jauhlah jangan ganggu aku buat kerja..’ ika marahkan dirinya seperti ada yang mengganggu fikirannya.. hari ini aku hanya memerhatikan ika lakukan kerjanya. Kekadang aku curi-curi tengok dia, rindu pula bila tidak melihatnya. Aku sebagai ketua dalam syarikat ini kenalah jaga dengan baik. Sebelum ini, aku kaya dengan wang ringgit sampai aku lupa akan akibatnya. Dan aku pernah menjadi jahat ketika zaman persekolahanku sehinggalah orang disekeliling membenciku. Sekarang aku amat menyesal dengan apa yang berlaku, keadaan keluargaku yang huru-hara waktu itu membuat aku ingin berusaha dan bangun untuk berjaya. Aku hanya berserah kepada yang maha Esa akan kerjaya yang aku impikan. Aku ingin kembalikan kesenangan untuk mereka. Dan ika, akan aku jadikan permaisuri didalam hatiku. Bukan orang lain yang boleh mencuri hati ini kecuali ika. Cukup sebulan ika bekerja disini, prestasi kerjanya amat baik dan cara dia menghormati aku sebagai bos nya telah membuat aku jatuh hati dan bertambah sayang kepadanya. Tapi aku hairan, kenapa dia tidak melayan aku seperti dulu yang kasar bila bertemu denganku. Mungkin dia berubah, dan aku juga berubah kerananya. Aku rasa ingin lebih dekat dengannya, kena ada cara nak bersua dengan ika.
“Ika, bolehkah kau temankan aku lunch nanti?”
“Ermm,, boleh..” dengan jawapanku yang ragu-ragu. Tidak pernah-pernah dia memperlawa aku teman dia. Tidak apalah, temankan je bukan nak buat apa- apakan. Pelik adalah.
“Ok, nanti tunggu aku dekat lobby bawah ye.. janji dengan aku, kau kena teman aku..” berlalulah dia dengan nada yang baik dan keadaan yang tersenyum. Oleh kerana aku mamai sedikit, lalu aku iye kan saja.
Waktu yang telah dijanjikan telah aku tepati, aku menunggu Putra di lobby. Mungkin Putra lambat sikit, tidak apalah biar aku tunggu saja dia disini. Tiba-tiba aku didatangi eorang lelaki dari belakang.. lalu aku menoleh, rupa-rupanya si Saiful sudah berada dihadapanku..
“Hai ika..” Sapanya.. dengan suara yang agak lemah aku menyahut..
“hai juga, ermm.. kau buat kat sini..?”
“Aku nak jemput kau makan dengan aku lah.”
“Bukannya kau ada meeting penting ke?”
“Memanglah, meetingnya selesai pagi tadi, aku ingat lambat tapi cepat pula selesainya. Ini lah masa aku ajak kau makan. Jom ika, aku belanja kau. Kita makan tempat biasa.”
“Maaflah Pul.. aku dah ada janji dengan bos aku. Dia pun ajak aku temankan dia, sorry sangat-sangat bukan aku tak nak ikut kau. Tapi itulah tak boleh. Kau pun tak inform aku awal-awal..” dengan nada tidak puas hati Saiful menengkingku..
“Siapa bos kau ha?!”
“Yang kau nak tengking-tengking aku ni kenapa? Aku bukan ada pape pun dengan dia, just bos dengan pekerja. Suka hati aku lah nak keluar dengan sesiapa yang kau nak hangin kat sini kenapa?”
“Kau dengar sini ika, aku tak kan lepaskan kau. Kau akan jadi milik aku. Kau dengar tu..!” saiful telah memberi amaran kepadaku tapi aku buat tidak tahu saja mungkin dia sengaja untuk berkata begitu. Dan dia berlalu pergi dengan menoleh kebelakang.
“Uik.. tengok siapa tu ika?”
Tiba-tiba saja suara Putra kedengaran, dia sudah pun berada disisiku
“Ha, tak da sapa-sapa? Erm.. sejak bila tuan ada kat sebelah saya ni?”tanyaku kerana aku tidak selesa jika lelaki terlalu dekat denganku.
“Baru saja, awak mana perasan saya. Yelah, awak syok sangat tengok lelaki tadi tu yang tak rasa kedatangan saya ni.” Jawabnya dengan penuh bermakna seperti inginkan perhatianku. Lalu dia tersenyum kepadaku, senyuman nya aku tertawan. Tidak boleh tidur malam lah aku jawabnya.
“Ia ke?”
“Ia lah. Dah jom saya belanja awak makan ok..”
“Okey..”jawabku ringkas..
“Cop ika!.. kalau bolehkan kanganlah awak panggil saya tuan.. panggil nama saja ok. Kalau susah-susah sangat, panggil abang jelah.. hehehe.. gurau je lah. Jangan terasa ye..” apa? Buang tebiat ke dia ni, nak panggil abang.. uhm.. harapan jelah yang dapat.. hahaha..
“Ok lah Putra..” aku tersenyum kepadanya. Aku mula perasan dia banyak berubah sekarang, tidak seperti dulu yang suka buat orang marah, sombong, bongkak dan angkuh sekarang jadi peramah pula. Baguslah, macam ini lah yang aku mahukan.
Hari-hari aku penuh bermakna dengan Putra, susah senangku dia sentiasa ada disisiku. Dia akan membantuku dengan seikhlas hatinya, dengan sikap yang sebegitu ada sesetengah staf cemburu denganku dan ada juga menyakatku dengannya. Tapi aku tidak ambil peduli tentang hal-hal itu, biarlah orang mahu kata apa yang penting aku sudah menyayangi Putra. Aku mula rasa sayang kepadanya, dan sepertinya aku amat mencintai dia tapi aku pendam saja dulu. Bila sudah sampai masanya nanti aku akan ungkapkan sayangku terhadapnya.
“Ika, nanti petang saya hantar awak balik ye?”
“Baiklah Putra.”
Sesudah keluar saja dari pejabat, Putra sudah pun berada di tempat parking kereta. Dia menunggu dengan penuh senyuman. Didalam keretanya kami berdua mendiamkan diri. Putra memandu keretanya dengan keadaan tenang dan membawaku ke suatu tempat.
“Awak, ini jalan bukan kerumah saya ni.”
“Ika, sebenarnya saya nak bawa awak ke suatu tempat.”
“Tempat apa?”
“Awak ikut sajalah, tapi saya mahu awak jangan berfikir yang bukan-bukan ok. Tempat yang saya nak bawa awak ni ialah tempat yang tidak akan awak lupakan..” dia cuba untuk menyakinkan aku, dan dia ada berkata tempat yang tak akan dapat dilupakan. Semacam je bunyinya. Akhirnya Putra memperhentikan keretanya disebelah tasik yang sangat cantik. Aku terpegun dengan kecantikan tasik disitu.
“Inilah tempat yang saya mahu bawa awak, saya dah lama sangat nak bawa awak kesini. Sekarang sudah kesampaian.”
“Kenapa awak bawa saya kesini Putra?”
“Sebenarnya, saya sayangkan awak ika.. saya minta maaf akan kesalahan yang saya pernah lakukan kepada awak ketika disekolah dulu. Saya dulu jahat dengan awak ika. Tapi tak tahu tiba-tiba saya rasa bersalah pula, sebab waktu itu saya lupakan akan semua orang yang saya sayang dulu. Saya pentingkan diri saya sendiri, saya hanya inginkan kepuasan saja. Tapi ika, saya dah berubah. Saya berubah kerana awak ika. Saya pernah cari awak selepas habis SPM. Tapi hampa saya tidak dapat mencari awak kerana saya putus asa dan tidak tahu awak dimana. Sekarang awak sudah berada dihadapan saya. Saya sangat cintakan awak ika. Saya harap awak pun seperti itu juga..” Putra berterus terang denganku. Tidak sangka dengan keadaan seperti itu dia sanggup menunggu cinta yang diharapkan dariku dibalas. Aku sungguh terharu dengan kata-katanya. Sekarang aku tahu dia memang ada hati denganku. Cuma aku lambat sikit untuk mencintainya bukan seperti dia yang sudah mencintaiku sejak dulu lagi. Akhirnya aku menggengam tangannya dan berkata..
“Putra, saya pun sayangkan awak. Hanya awak lah saya cintakan. Saya mula jatuh cinta dengan sewaktu awak mengambil berat tentang saya. Walaupun saya lambat mengenali awak ketika itu tapi hati saya tertarik dengan awak..”
“Betul ke ni ika?”
“Betul Putra.” Putra mengeluarkan sesuatu dari poket kot bajunya. Dan dia mengeluarkan kotak kecil yang berbentuk love, lalu berikan kepadaku untuk membukanya. Dengan sedikit terkejutnya aku…
“Putra… Ini…….” Belum sempat aku meneruskan kata-kataku dia sudah pun berlutut dihadapanku lalu berkata….
“Zulaikha binti hamid sudikah awak menjadi teman hidup saya?” aku terpaku seketika.
“iye.. saya sudi jadi suri hidup awak Putra..” akhirnya Putra menyarungkan sebentuk cincin ke jari ika.. hanya tuhan saja yang tahu betapa gembiranya aku bila dilamar olehnya di tempat yang sebegini..
“Terima kasih ika.”
“sama-sama..” kami berdua tersenyum bersama..
Tidak pernah aku sebahagia begini, hatiku kini sudah dimiliki oleh Putra. Orang yang dulu pernahku benci. Tapi sekarang sudah tidak lagi kalau dulu memang ye aku membenci tapi sekarang aku menyayanginya.. Dan hari ini aku menunggu kedatangannya di halaman rumahku. Dia ingin membawaku untuk memperkenalkan aku kepada orangtuanya. Ketika leka menunggu aku didatangi seorang lelaki yang sangat aku kenali. Saiful sudah berada dihadapanku. Dengan keadaannya yang tidak terurus dia memenggang erat lengan ku seperti ingin dipeluk..
“Ika, aku sayangkan kau.. sudah lama aku sayangkan kau.. aku tak rela kau diambil orang. Aku tak nak kau jadi milik orang kecuali aku je ika.. kau dengar tak ni..?”
“Eh kau ni kenapa? Jangan dekat-dekat dengan aku. Aku tak sayangkan kau. Aku sayangkan dia seorang.” Aku rasa seperti tidak selesa dengan kehadiran Saiful.
“Ika, kau dengar sini!” dia sudah memegang kuat kedua lenganku.
“Saiful, janganlah macam ni. Sakitlah lengan aku.”
“Aku nak kau ikut aku sekarang, cepat masuk dalam kereta aku. Kalau kau tak nak rasa aku kasar dengan kau baik masuk cepat.”
“urmm…. Ba…ik..” aku hanya mengikut kata-katanya saja. Air mataku mengalir tanpa henti kerana diperlakukan seperti tadi. Aku tidak tahu Saiful membawa aku kemana, tapi jalannya seperti kerumah sewa Saiful. Dalam hati aku hanya mampu berdoa dan menangis sahaja, aku menyebut nama Putra dalam hati ni. Harap-harap Putra datang selamatkan aku dari dia.........................
uh sajer yg aq mampu menaip..
ReplyDeletelaw sudi komen la.... hehehehe
rajin ko taip pnjg2..aq kurg rjin nk bce..tpy tgk emg sweet..jiwunk gk mbe aq nih..hu2..
ReplyDeleteala.... tgok org la...
ReplyDeletemmg dry skol ag jwg karat... hehehe...
sajer wt sbb nk ilg kn idea dlm pale hotak aq nyh...
:)